
Saturday, May 12, 2012 | 3:26 PM | 2 comments
Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Petronas
KERJA KURSUS PMR 2012
GEOGRAFI
(PERNIAGAAN RUNCIT (PASAR TANI) DI MUKIM KERTEH,KEMAMAN TERENGGANU
NAMA:IRFAN HAZIQ B. MOHD YUSRI
KAD PENGENALAN:
ANGKA GILIRAN :
TINGKATAN: 3 INOVATIF
GURU
PENILAI: ENCIK ROSMAN B.KASSIM
KANDUNGAN
Kandungan
Halaman
1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif kajian
4. Kawasan kajian
5. Kaedah kajian
6. Dapatan kajian
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim........ Bersyukur
dengan ke hadrat illahi kerana dengan rahmatnya , saya telah dapat menyiapkan Kerja
Kursus Geografi bagi tahun 2012 dengan jayanya. Dalam menyiapkan kerja kursus
ini, banyak pihak yang telah menghulurkan bantuan dan bimbingan kepada saya .
Ucapan terima kasih ini saya tujukan untuk tuan pengetua SMK Rantau Petronas
iaitu Puan Mariam Binti Nawawi kerana telah banyak memberi sokongan serta
semangat kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus geografi ini.
Saya berterima kasih juga pada ibu saya Puan
Rosszilawati BT. Baharum dan bapa saya Capt Mohd Yusri B. Mamat @ Nawi kerana
telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan sumbangan kewangan kepada
saya dalam menyiapkan kerja ini. Saya berterima kasih juga kepada cikgu
geografi saya iaitu sir Rosman B. Kassim kerana telah banyak menolong saya
dalam menyiapkan kerja kursus pada tahun ini. Saya amat berterima kasih juga
kepada kawan rapat saya iaitu Nur Khalisah Izani Binti Hazani, kerana telah
banyak menolong serta membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus Geografi ini
. Akhir sekali, saya berterima kasih juga kepada responden yang telah memberi
banyak maklumat kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini
PENDAHULUAn
Kerja Kursus Geografi merupakan satu
tugasan yang penting dan diwajibkan bagi calon PMR 2012. Tugasan ini telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Pelajaran Malaysia . Kami semua telah
diberi 2 tajuk tugasan dan wajib memilih satu daripadanya tugasan 1 : Ekosistem
hutan terganggu di kawasan kajian dan tugasan 2 : Perniagaan runcit . Oleh itu,
saya memilih untuk membuat tugasan ke 2 perniagaan runcit iaitu pasar minggu yang diadakan setiap hari
jumaat di padang astaka, mukim kerteh .
Saya memilih tajuk ini kerana ia berdekatan dengan rumah saya dan ia menjadi sumber saya untuk membeli
barang basah dan barang keperluan masak seperti sayur,buah-buahan dan lain-lain
. Masa yang telah diberikan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dari
bulan Februari hinggan bulan Jun iaitu kira-kira 5 bulan sahaja.
OBJEKTIF
KAJIAN
Objektif kajian
1.
Mengetahui
dan memahami konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar tani mukim kerteh .
2.
Mengetahui
kepentingan perniagaan runcit di mukim kerteh
3.
Mengenal
pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di mukim kerteh
4.
Mengetahui
dan mengenal pasti kesan negatif perniagaan runcit di mukim kerteh
5.
Mengemukakan
cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di mukim kerteh
6.
Memupuk
nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat berkerjasama untuk
mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di mukim kerteh
KAWASAN KAJIAN
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang saya pilih
dinamakan pasar tani di pecan kerteh. Kawsan ini terletak dalam daerah
kemaman,Terengganu . ia merupakan kawasan pentadbiran majlis pembandaran
kemaman cawangan Kerteh. Kawasan ini berkeluasan 0.5 km persegi dan ia
dimajukan sebagai tapak perniagaan bagi penjaja-penjaja kecil dari daerah
kemaman dan dungun .
Lokasi ini terletak di sebelah
barat Sekolah Kebangsaan Kerteh. Pada asalnya, kawasan ini merupakan kawasan
semak-samun yang dimajukan dengan kemudahan asas seperti temapt letak kereta,
tandas awam dan punca elektrik.
Lokasi ini amat bersesuaian kerana terletak ditengah-tengah kawasan
petempatan. Secara tidak langsung ia menjadi tumpuan para pengunjung bukan
sahaja dari kiawasan sekitarnya tetapi juga dari penduduk-penduduk kemasik dan
paka.
Perkembangan pasar tani ini banyak
bergantung kepada peranan persatuan penjaja-penjaja kecil dari daerah
kemaman/dungun dan juga pihak fama (Federal Agriculture Marketing Authority) .
PETA KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Sebagai salah satu langkah untuk menyempurnakan
kerja kursus ini. Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperolehi
maklumat tentang tugasan saya. Antara kaedah yang telah saya gunakan untuk
memperolehi maklumat tersebut adalah seperti berikut :
Pemerhatian
-
Saya
telah membuat pemerhatian di pasar tani di padang astaka mukim ,kerteh . Untuk
mendapat maklumat tentang kajian yng telah saya jalankan
Temu Bual
-
Seterusnya
saya telah menemu bual beberapa orang kampung yang berdekatan dengan rumah saya
untuk mendapatkan banyak maklumat tentang kajian yang saya jalankan
Rujukan
-
Saya
telah menggunakan kaedah yang ketiga adalah rujukan . saya telah membuat banyak
rujukan daripada buku teks , internet, dan juga buku rujukan untuk mendapatkan
banyak maklumat tentang perniagaan runcit ( pasar tani ) di mukim, kerteh
Dapatan kajian
8.1
konsep dan jenis perniagaan runcit(pasar tani ) di kawasan kajian
Menurut
buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang
menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang
sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi
kepada individu lain seperti rakan dan jiran.
Jenis
perniagaan runcit (pasar tani ) yang terdapat di kawasan kajian ini ialah
perniagaan runcitkecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan
minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian.
Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak
daripada satu tempat ke tempat yang lain.
8.2
kepentingan perniagaan runcit (pasar tani ) di kawasan kajian
1.
Menyediakan peluang pekerjaan
-
perniagaan pasar tani ini dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya,
berniaga menjual sayur-sayuran dan dapat menambahkan pendapatan tambahan kepada
peniaga
2.
Memudahkan penduduk tempatan membeli
barangan
-
pasar minggu ini menyediakan pelbagai
barangan dan pembeli tidak perlu ke Mesra Mall untuk membeli barang basah di
sana
-
dapat menjimatkan masa dan kos
penduduk
3.
Membolehkan penduduk tempatan memasarkan
barangan jualan
-
pasar tani ini
memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan
mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain.
4. meningkatkan taraf hidup/pendapatan
penduduk
-
perniagaan pasar tani ini dapat memberi
peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca
pendapatan mereka.
UNSUR PATRIOTISME
-
8.3
Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit (pasar tani ) di kawasan kajian
1) Governan
-
Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin
menjalankan perniagaan.
2)
Modal
-
pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga
mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar tani
ini.
3)
Infrastruktur
-
Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan
kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
4)
Pertambahan penduduk
-
kebiasaannya pasar tani ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini
disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.
-
penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini.
5)
Darjah ketersampaian
-
lokasi pasar tani ini sangat strategik kerana berdekatan dengan lapangan
terbang kerteh dan sekolah serta terletak di tengah-tengah Padang awam dan
mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.
6)
Kesesuaian waktu berniaga
-
pasar tani ini menjalankan perniagaan pada hari jumaat (hari cuti) iaitu
bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada 12:00 tengah hari
Unsur Patriotisme
8.4
Kesan negatif perniagaan runcit(pasar tani) di kawasan kajian
Ketika
melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang dikenal
pasti :
1.
Masalah sosial
-
pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan
perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian
yang kurang sopan.
-
pelanggan yang mencuri barang perniagaan.
2.
Persaingan dengan kedai runcit tempatan
-
Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit
tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian
3.
Pencemaran
-
kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan
dipenuhi dengan sampah sarap.
4.
Kesesakan lalu lintas
-
masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan
kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan
menyekat kenderaan lain.
5.
Harga tanpa kawalan
-
kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan.
Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual
barangan melebihi harga biasa.
6.
Barangan tidak berkualiti
-
terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.
-
jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.
Unsur Patriotisme
8.5
Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit (pasar tani) di kawasan kajian
1. Kuat
kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan
hukuman yang berat kepada peniaga.
2. Pengawalan
harga
- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal
harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli
daripada ditipu oleh pihak peniaga.
3.
Kempen kesedaran
-
boleh gunakan risalah – tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada
pengunjung dan peniaga.
4.
Menyediakan kemudahan asas
-
pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan
bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.
Unsur Patriotisme